4hb Januari 2010, Merupakan hari pertama persekolah. Hari pertama persekolah berjalan mengikut apa yang di rancangkan. SK Hulu Bernam telah menerima 5 orang guru baru yang baru ditukarkan dan baru ditempatkan disekolah ini. Perhimpunan pagi dimulakan dengan ucapan guru bertugas. Di perhimpunan ini juga guru kaunseling dan guru disiplin telah menerangkan tentang beberapa perkara mengenai peraturan sekolah dan khidmat kaunseling yang disediakan oleh pihak sekolah. Perhimpunan diakhiri dengan ucapan Guru Besar, En. Muhammad Akhwan bin Hj Jamil. Semoga dengan persekolah bagi tahun 2010 ini dirahmati oleh ALLAH. Pada hari ini juga sekolah telah dikunjungi oleh Tuan Pegawai PPD Hulu Selangor, Tuan Haji Suhaimi. Tuan PPD datang ke sekolah bagi melihat sendiri perkembangan pengubahsuaian kelas Program Pendidikan Masalah Pembelajaran.
Dugaan perjalanan raya 1445 Hijriah
-
Salam pagi Jumaat 10 Syawal 1445 Hijriah. Sedikit cerita sekitar sambutan
raya.
Adapun untuk musim raya ini kami sekeluarga bertolak dari rumah sendiri...
Sehari yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan